Ragbi Terengganu tekad cipta kejutan

Izaimi Zainuddin (kanan) bersama penolong jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain yang membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-37 musim ini. FOTO: WARIS ADAM
Izaimi Zainuddin (kanan) bersama penolong jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain yang membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-37 musim ini. FOTO: WARIS ADAM
A
A
A

PERSATUAN Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) bertekad memburu kejuaraan sulung saingan ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 yang bakal menyingkap tirai bermula Sabtu ini hingga hingga 24 November depan.

Pengurus skuad ragbi Terengganu, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab berkata, pihaknya membuat persediaan rapi musim ini bagi membolehkan mereka mendapat momentum positif menjelang tiga perlawanan awal untuk mendapatkan ranking sebelum bertemu lawan sebenar pada suku akhir berdasarkan ranking pasukan masing-masing.

Menurutnya, beliau menjangkakan tentangan sengit setiap pasukan terutamanya juara bertahan Sabah yang menunggu pada suku akhir.

“Pada pusingan awal kita perlu berdepan tiga pasukan yang hebat seperti Kedah dan Johor yang mara ke separuh akhir musim lalu dan naib juara musim lalu, Kelantan.

“Begitupun saya yakin dengan gandingan pemain-pemain tempatan Terengganu yang berpengalaman bersama beberapa pemain kebangsaan dan juga pemain import Fiji, kita mampu mencipta kejutan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Ragbi Terengganu, Izaimi Zainuddin tidak mahu pemain-pemainnya memandang mudah keupayaan Kedah, Johor dan Kelantan yang turut membariskan pemain terbaik serta pemain import berpengalaman dari Fiji.

“Biarpun kita dianggap pasukan berpengalaman tetapi cabaran setiap negeri kita tidak boleh pandang rendah kerana semua pasukan juga membuat persiapan rapi terutamanya Johor yang difahamkan mengadakan dua aksi persahabatan berkualiti dengan meraih kemenangan besar,” katanya.

Artikel Berkaitan: