X

Kindly register in order to view this article
!

Nie Ching minta stesen TV beri penjelasan

Teo Nie Ching
A
A

KANGAR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meminta sebuah stesen televisyen memberi penjelasan berkaitan satu siaran berita beliau sedang memberi kenyataan dalam bahasa Mandarin sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak.

Nie Ching berkata, beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu.

"Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Empat di sini hari ini.

Nie Ching (empat dari kanan) melepaskan belon sebagai simbolik merasmikan bangunan baharu tiga tingkat SJKC Simpang Empat di sini hari ini.
Nie Ching (empat dari kanan) melepaskan belon sebagai simbolik merasmikan bangunan baharu tiga tingkat SJKC Simpang Empat di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan stesen televisyen itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak adil.

"Mereka perlu memberi penjelasan bagi membersihkan nama saya," katanya.

Semalam, Nie Ching telah memberi satu kenyataan berkaitan tindakan Kementerian Pendidikan yang sudah memasukkan elemen pencegahan jenayah siber dan pemerdagangan manusia dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di peringkat sekolah menengah di Ipoh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus