Menteri Hal Ehwal Luar Singapura lakukan lawatan kerja ke tiga negeri

Dr VIVIAN BALAKRISHNAN - Foto: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura
Dr VIVIAN BALAKRISHNAN - Foto: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura
A
A
A

SINGAPURA - Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu bermula esok hingga Khamis ini.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Singapura untuk memperkukuhkan hubungan rapat sedia ada dengan negeri di Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan di semua peringkat dengan Kuala Lumpur.

Di Negeri Sembilan, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan akan turut disertai Tuanku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Balakrishnan juga akan bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Majlis Eksekutif Negeri.

Sementara itu di Pahang, beliau dijangka menghadap Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Balakrishnan kemudiannya akan menyertai makan tengah hari yang dianjurkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bertemu Ahli Majlis Eksekutif Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebelum menghadiri makan malam bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Di Terengganu, beliau akan bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan makan tengah hari bersama Ahli Majlis Eksekutif Negeri.

Difahamkan, sepanjang lawatan kerja tersebut, Balakrishnan akan diiringi pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar.

Artikel Berkaitan: