X

Kindly register in order to view this article
!

Jentera PH perlu terus dekati rakyat

Mahfuz (tengah) ditemui pada Karnival Pendidikan Khas Integrasi dan Hari Koperasi Integrasi Pendidikan Khas Pontian Berhad di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini.
A
A

PONTIAN - Penyampaian maklumat lebih tepat tentang isu semasa supaya rakyat memahami setiap perkara dibawa kerajaan antara perkara penting yang dilakukan jentera Pakatan Harapan (PH) berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, isu perkauman antara isu yang sering sampai kepada rakyat dalam keadaan kurang tepat sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

"Banyak maklumat disogok daripada media sosial memberi gambaran salah terutama soal perkauman.

"Oleh itu pada saya sangat penting maklumat yang tepat tentang isu perkauman disampaikan kepada masyarakat dan pengundi di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Pendidikan Khas Integrasi dan Hari Koperasi Integrasi Pendidikan Khas Pontian Berhad di Dewan Jubli Intan Pontian di sini hari ini.

Menurutnya, ahli Amanah dari kawasan Pontian dan Tanjung Piai sudah ditemuinya kelmarin.

"Kita akan pastikan kejayaan akan dibawa pada PRK Tanjung Piai meskipun dengan pelbagai cabaran isu pada masa kini.

"Seterusnya kita mahu lihat kelangsungan kepada usaha dilakukan Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik. Kalau sayangi Dr Farid, kita kena terus usaha," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!