Himpunan lembu sado di Besut

Himpunan berkonsepkan pasar ternakan itu tercetus selepas ramai pemilik lembu sado tidak dapat menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2019.
Gambar kecil: Dr Azman Ibrahim
Himpunan berkonsepkan pasar ternakan itu tercetus selepas ramai pemilik lembu sado tidak dapat menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2019. Gambar kecil: Dr Azman Ibrahim
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan menganjurkan program Himpunan Lembu Sado Pantai Timur pada 3 hingga 5 Oktober ini di Dataran Pekan Jabi, Besut.

Program anjuran bersama kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Terengganu dan Persatuan Penternak Ruminan Terengganu itu menyasarkan penyertaan pemilik haiwan 'berbadan sasa' dari Terengganu, Kelantan dan Pahang

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, himpunan berkonsepkan pasar ternakan itu tercetus selepas ramai pemilik lembu sado tidak dapat menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019.

“Pameran dan pertandingan pelbagai jenis baka lembu sado menjadi ‘wow factor’ yang paling mencuri tumpuan pengunjung HPPNT sejak tetapi ramai tidak dapat menyertainya kerana kouta terhad.

"Dianggarkan lebih 100 ekor lembu sado akan menyertai program yang julung kali diadakan itu bagi merebut hadiah lima ekor lembu serta hadiah iringan lain," katanya.

No Image Caption

Menurutnya, setakat ini 100 pemilik lembu sado dari tiga negeri berkenaan sudah bersetuju menyertai Himpunan Lembu Sado Pantai Timur yang dijangka mampu menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin melihat haiwan seberat satu tan itu dengan lebih dekat.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH kita akan menghimpunkan lembu sado sebanyak mana yang boleh. Penganjuran ini berkonsep pasar ternakan kerana boleh terus dijual.

‘’Jika sambutannya baik, kita akan jadikan program Himpunan Lembu Sado Pantai Timur ini sebagai acara tahunan dengan Dataran Pekan Jabi ini menjadi tuan rumah,” katanya.