Agong, Permaisuri naik pesawat angkut TUDM ke Kelantan

KUALA LUMPUR - Mengutamakan urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.
Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pukul 8.11 pagi semalam.
Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan
Perkongsian di laman sosial itu turut memperlihatkan Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama kru penerbangan dan sebuah klip video yang merakam detik keberangkatan Seri Paduka dan rombongan.
Ia mendapat perhatian netizen dengan 7,341 ‘like’ setakat 2 petang ini serta komen positif yang memuji tindakan Seri Paduka berdua yang sanggup menaiki pesawat angkut, sekali gus menyerlahkan keperibadian tinggi pasangan diraja itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -1.2 juta pencarum dinasihat sertai semula LINDUNG 24 Jam
17 Oktober 2026 07:59pmKawalan di sempadan Kelantan dilaksanakan 24 jam - Saifuddin Nasution
17 Oktober 2026 04:52pmPulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang kerja
17 Oktober 2026 04:46pmDepot imigresen sesak susulan operasi berterusan perangi pendatang asing - Saifuddin
17 Oktober 2026 04:01pmWanita maut tergelincir dari puncak air terjun ketika bersantai bersama rakan
17 Oktober 2026 12:50pmNik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
17 Oktober 2026 11:06amDua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
17 Oktober 2026 09:25am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pm- Iklan -- Iklan -
