Sultan Ismail Petra mangkat: Bendera Pahang dikibar separuh tiang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok hingga 1 Oktober ini bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pagi ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau turut merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Kelantan dan seluruh rakyat negeri itu atas kemangkatan Sultan Ismail Petra di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bahru pada jam 8.11 pagi tadi.

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhum", katanya melalui kenyataan dimuat naik ke Facebook rasminya hari ini.

Artikel Berkaitan: