Islam cara hidup lengkap buat penganutnya

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan semasa menerima kunjungan Ketua Pejabat Putera Mahkota Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan semasa menerima kunjungan Ketua Pejabat Putera Mahkota Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya.

Beliau berkata sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu.

"Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penyataan kasih dan sanjungan tinggi kita terhadap Baginda atas perjuangannya dalam menyebarkan syiar Islam,” kata Dr Mahathir dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.

Klip video perutusan perdana menteri itu dipaparkan di laman YouTube, Chedet Official.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Artikel Berkaitan:


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataan sebelum ini berkata Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dijangka berangkat menyempurnakan majlis itu yang dijadual turut dihadiri Dr Mahathir serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama