X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahkamah Koroner akan memutuskan punca kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mohd Adib, 24, cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. Berikut langsung daripada pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Ikuti siaran langsung perkembangan terkini kes tersebut di Sinar Harian:

10.14 pagi: Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

"Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri," katanya.

9.52 pagi: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba jam 9.55 sambil diiringi anggota polis.

Zuraida tiba sejurus Koroner Rafiah Mohamad mengambil tempat bagi membacakan keputusan.

9.51 pagi: Koroner Rofiah Mohamad mengambil tempat. Keputusan akan dibacakan.

9.20 pagi: Pihak-pihak berkepentingan mula mengambil tempat di dalam galeri awam.

Mahkamah dijangka bersidang pada bila-bila masa.

8.55 pagi: Ketibaan Saksi keenam, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31

8.50 pagi: Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis tiba bersama pegawai kanan.

8.46 pagi: Abang sulung arwah, Mohd Asraf Mohd Kassim tiba

8.45 pagi: Ketibaan tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25.

Nurul Najihah berbaju kurung tiba dengan ditemani seorang wanita, memasuki mahkamah.

Ini kali pertama beliau hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kematian tunangnya.

8 pagi: Sebahagian peguam keluarga Muhammad Adib, Yahya Othman tiba.

7 pagi: Pekarangan kompleks mahkamah tenang dan terkawal. Laluan ke mahkamah koroner diletakkan penghadang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!