Kilang kapur barus terbakar

Kemusnahan kilang di­anggarkan meliputi sehingga 40 peratus.
Kemusnahan kilang di­anggarkan meliputi sehingga 40 peratus.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang pembuatan kapur barus di Kawasan Perindustrian Sungai Lalang dilaporkan terbakar dengan kemusnahan dianggarkan meliputi sehingga 40 peratus kira-kira jam 2.48 petang, semalam.

Operasi memadam kebakaran diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ramli Md Saad disertai tujuh anggota menggunakan jentera FRT K1 05 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, lima anggota menggunakan jentera FRT K1 11 BBP Sungai Petani dan seorang anggota dari jentera RIM Sungai Petani.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela.

Bomba memaklumkan, tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran membabitkan bahagian ruang pengeringan kapur barus dalam kilang terbabit.

Bagaimanapun, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: