Zakir Naik: Polis serah kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara
Oleh AHMAD ISMADI ISMAIL25 September 2019 05:05pmMasa membaca: 4 minit
Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan laporan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kes kenyataan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang menyentuh kaum India dan Cina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan polis terhadap kes itu telah selesai.
"Saya faham mereka (Jabatan Peguam Negara) perlukan masa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda inisiatif Sinar Harian dan Sin Chiew Daily yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Dewan Karangkraf, hari ini.
Kenyataan pendakwah dari India itu baru-baru ini menimbulkan kemarahan masyarakat India dan Cina di Malaysia sehingga ada pihak mendesak kerajaan menghantar beliau pulang ke negara asalnya.