PRK Tanjung Piai: SPR mesyuarat Selasa depan

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Selesa depan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Tanjung Piai.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas Selesa depan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Tanjung Piai.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selesa depan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen (P165) Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Sabtu lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun selepas pihaknya menerima notis rasmi kekosongan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini.

"Mengikut peruntukan undang-undang, SPR perlu mengadakan PRK (pilihan raya kecil) bagi kerusi Parlimen tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

"Sehubungan itu mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK iaitu tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong selepas penyandangnya, Dr Md Farid, 43, meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, awal pagi Sabtu lalu akibat sakit jantung.

Allahyarham bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan menewaskan penyandangnya, Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA dengan memperolehi 21,255 undi sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: