Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia

Jenazah dibawa keluar dar Hospital Pontian ke Serkat untuk dikebumikan.
Jenazah dibawa keluar dar Hospital Pontian ke Serkat untuk dikebumikan.
A
A
A

PONTIAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal kira- kira jam 6 pagi tadi.

Adik Allahyarham, Mohd Nor Hisham Md Taufik memaklumkan jenazahnya kini berada di Hospital Pontian dan akan dibawa ke rumah ibunya di Serkat untuk dikebumikan.

Md Farid yang juga Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi 21,255 undi.

Allahyarham menerima pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) daripada Kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira tahun lalu.

Artikel Berkaitan: