Logo rasmi Belanjawan 2020 dilancar

Kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan pelancaran logo Belanjawan 2020.
Kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan pelancaran logo Belanjawan 2020.
A
A
A

PUTRAJAYA - Logo Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober depan dilancarkan secara rasmi hari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, tujuan utama logo itu diperkenal bagi mengelakkan orang awam keliru dengan lambakan logo Belanjawan di Internet.

"Belanjawan 2020 merupakan Belanjawan kali kedua yang akan dibentangkan sepanjang pemerintahan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Justeru, dengan adanya logo rasmi ini, maka rakyat jelas akan pemilikan utama maklumat Belanjawan 2020," katanya.

Kenyataan itu turut memberitahu, tahun 2020 juga merupakan satu mercu kemuncak kepada pembangunan negara yang menjadi perhatian oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, mulai hari ini juga logo tersebut boleh dimuat turun di dalam portal Cadangan Belanjawan 2020 (www.belanjawan2020.treasury.gov.my) dan laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan selepas tarikh pembentangan Belanjawan 2020.

Artikel Berkaitan: