Simpanan Shariah KWSP, Tiada Lagi Was-Was

No Image Caption
A
A
A

Semua orang pasti ada simpanan dan sebagai orang Islam, pastinya kita mahu simpanan kita bebas daripada sebarang unsur yang salah (batil) dan daripada pelbagai perbuatan yang tidak syari’e seperti riba dan seumpamanya.

Tetapi pernahkah kita terfikir samaada simpanan kita berlandaskan prinsip Islam yang mematuhi syariat sepenuhnya atau ada sebahagian aspeknya yang bercanggah dengan syariat.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah di antara dana persaraan terbaik yang boleh membantu anda membuat simpanan berlandaskan syariah kerana simpanan anda dijamin diuruskan mengikut prinsip Islam.

Jadi selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi portfolio pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.

Sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi mengawasi semua aspek pematuhan syariah di dalam operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah di KWSP.

JKPS juga bertanggungjawab dalam mengesahkan aspek pematuhan syariah sesuatu pelaburan patuh syariah yang hendak dilak ukan oleh KWSP.

Apa yang lebih menarik lagi, semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih untuk menukar Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah.

MENGAPA PERLU MEMILIH SIMPANAN SHARIAH?

Artikel Berkaitan:

Buat ahli yang beragama Islam, Simpanan Shariah membantu menyediakan simpanan persaraan yang suci dan halal untuk kegunaan ahli dan waris ahli.

Dengan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah ini, ahli dan keluarga dapat Simpanan Shariah KWSP, Tiada Lagi Was-Was memanfaatkan dana yang ada terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.

KWSP juga akan memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan hukum syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian dalam kontrak) yang sering terdapat dalam pelaburan di perbankan konvensional dan insurans.

Ia juga membantu ahli sekiranya meninggal dunia dengan menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai harta pusaka.

Bagi yang bukan beragama Islam pula, wang yang disimpan akan dilaburkan dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan. Ini bermaksud, jika melabur untuk sesuatu yang membawa kebaikan, hasilnya juga akan baik.

Bukan itu sahaja, produk dan kemudahan yang ditawarkan oleh Simpanan Shariah adalah setanding dengan Simpanan Konvensional.

Justeru itu, orang ramai yang ingin menukar ke Simpanan Shariah bolehlah mengunjungi cawangan yang berhampiran atau melalui unit bergerak KWSP yang berada di lokasi yang terpilih.

Semakan lokasi juga boleh dilakukan menerusi laman web KWSP. Di samping itu, pendaftaran secara dalam talian (online) juga boleh dibuat melalui i-Akaun.

PERKARA YANG ANDA HARUS TAHU SEBELUM BERTUKAR

Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional selepas pertukaran kepada Simpanan Shariah berkuat kuasa.

Bagi ahli KWSP beragama Islam belum bertukar atau memilih untuk mengekalkan akaun mereka di bawah Simpanan Konvensional, di mana simpanan mereka akan diuruskan dan dilaburkan secara konvensional, perlulah diingatkan bahawa tanggungjawab menyucikan dividen yang diterima pada saban tahun adalah terletak di atas ahli KWSP itu sendiri.

Mengikut keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, dividen yang diterima sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah pada tahun 2017, tidaklah perlu disucikan kerana pada masa itu KWSP belum mewujudkan pilihan patuh syariah buat para ahlinya.

Namun, bermula pada tahun 2017, ahli beragama Islam yang menyimpan di dalam Simpanan Konvensional bertanggungjawab menyucikan dividen yang diterima berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan dan boleh dirujuk di laman web KWSP.

Jadi, sekarang KWSP dah ada pilihan simpanan yang patuh syariah, justeru seeloknya sama-samalah kita memilih dan menukar akaun yang sedia ada kepada Simpanan Shariah ini.

Kalau boleh, rezeki yang kita dapat itu biarlah yang bersih, suci dan mematuhi syariat Islam.

Ingat, bagi melayakkan anda mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 1 Januari 2020, anda mestilah mendaftarkan pertukaran akaun anda selewat-lewatnya pada 24 Disember 2019, kerana sebarang pendaftaran selepas tarikh akhir tersebut hanya akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.

No Image Caption