Pembenihan awan berjaya di beberapa lokasi: MetMalaysia

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Perak serta Pulau Pinang pada hari ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailan Simon berkata, OPA berjaya menghasilkan hujan terutamanya di kawasan utara Semenanjung walaupun tidak secara menyeluruh.
"Hujan dilaporkan di Balik Pulau, Seberang Perai, Kulim dan Sungai Petani.
"Pesawat TUDM untuk OPA telah berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 12.45 tengahari.
"Pasukan OPA telah mendarat semula di Pangkalan Udara TUDM Subang pada jam 3.50 petang," katanya.
Namun begitu, Jailan berkata, pasukan OPA berdepan beberapa cabaran antaranya kesukaran mencari awan sesuai akibat jerebu dan kesukaran pesawat untuk melalui kawasan-kawasan sasaran seperti di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak kerana faktor muka bumi yang berbukit-bukau.
"Selain itu, pesawat juga mengalami kesukaran untuk meningkatkan keberkesanan OPA di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kebenaran penerbangan yang terhad sehingga ketinggian 4,000 kaki sahaja agar tidak mengganggu aliran trafik udara," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan atmosfera dari semasa ke semasa dan melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu di kawasan yang terlibat selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Peruntukan tambahan KPKM ikut keperluan semasa - Mohamad Sabu
06 September 2026 03:11pmPeruntukan KPKM harus ditambah seiring dengan prestasi - Anwar
06 September 2026 02:36pmIstilah 'eksploitasi agama' lebih tepat daripada 'menunggang' agama - Mufti Wilayah Persekutuan
06 September 2026 02:33pm'Peruntukan KPKM boleh tambah, asal tiada ketirisan dan salah urus' - Anwar
06 September 2026 02:25pmKetua Hakim Negara dahului senarai penerima Bintang Darjah Kebesaran Terengganu
06 September 2026 01:18pmSeorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diri
06 September 2026 09:57amWang simpanan RM1.9 juta lesap akibat jawab satu panggilan telefon
06 September 2026 09:52amTarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM
05 September 2026 06:30pmAmaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri
05 September 2026 04:37pm- Iklan -- Iklan -
