Wan Azizah lancar Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara

Dr Wan Azizah Wan Ismail
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), NFCP adalah pelan lima tahun (2019–2023) yang antara lain bertujuan menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kesejahteraan rakyat di seluruh negara selain menyediakan persekitaran kondusif bagi penggunaan teknologi baharu seperti 5G.

NFCP yang diumumkan pada 28 Ogos lepas melibatkan kos kira-kira RM21.6 bilion yang akan memberi penekanan seimbang bagi akses internet antara penduduk bandar dan luar bandar dalam usaha mengurangkan jurang digital.

Turut hadir pada majlis perasmian itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. - Bernama