India larang penjualan rokok elektronik

India mengenakan larangan terhadap rokok elektronik.- Gambar Hiasan
India mengenakan larangan terhadap rokok elektronik.- Gambar Hiasan
A
A
A

NEW DELHI - India semalam mengumumkan larangan penjualan rokok elektronik sehari selepas New York menjadi negeri kedua di Amerika Syarikat, melarang semua rokok elektronik berperisa selain tembakau dan mentol susulan siri kematian berkaitan e-rokok atau vape.

"Keputusan dibuat susulan impak e-rokok terhadap golongan muda masa kini," kata Menteri Kewangan, Nirmala Sitharaman kepada wartawan di New Delhi.

Larangan berkenaan turut meliputi pengeluaran, pembuatan, import, eksport, penjualan, pengedaran, penyimpanan e-rokok dan juga iklan.

Kerajaan India berkata, pihaknya akan turut meningkatkan usaha kawalan tembakau dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan tembakau.

Hukuman termasuk penjara selama setahun boleh dikenakan sekiranya larangan tidak dipatuhi.

Meskipun tidak ramai penduduk India menghisap e-rokok atau vape ketika ini, larangan terbabit bakal menyekat potensi pasaran 1.3 bilion pengguna untuk pengeluar e-rokok.

Penggunaan vape digalakkan oleh pengeluar dan juga beberapa kerajaan termasuk di Eropah sebagai alternatif lebih selamat berbanding rokok biasa.

Namun pengkritik berkata, selain mendatangkan bahaya kesihatan, perisa e-rokok mampu mempengaruhi jutaan kanak-kanak menjadi bakal perokok di masa depan. - AFP

Artikel Berkaitan: