Penjenayah letupkan pintu kedai emas

PDRM
PDRM
A
A
A

KOTA KINABALU - Nekad letupkan pintu kedai emas untuk lakukan samun, namun penjenyah berkenaan tidak tidak sempat memasukinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di Segama itu, tiada barang kemas dilaporkan hilang.

Memetik laporan portal berita, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi mengatakan berlaku letupan kuat di premis berkenaan.

“Sebaik tiba, kita dapati tempat yang diletupkan adalah sebuah kedai emas yang terletak di tingkat bawah.

“Kita telah panggil Unit Pemusnah Bom untuk membuat pemeriksaan dan hasil siasatan awal mendapati kesan letupan di tepi pintu jeriji yang menyebabkan ia musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Habibi berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jenis bahan letupan yang digunakan. Kita tidak pasti berapa bahan letupan digunakan tetapi yang pasti hanya ada satu letupan saja.

“Hasil pemeriksaan tiada barang kemas dilaporkan hilang. Jadi kita syak cubaan pecah kedai emas namun motif lain kita sedang siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemilik kedai emas kini berada di luar negeri dan polis akan mengambil keterangan anaknya.