Protap FC rayu keprihatinan MFL

Jurulatih Protap FC, Momcilovic Dusan (duduk dua dari kiri) mengakui pasukannya berdepan sedikit kesukaran terutamanya selepas kehilangan beberapa pemain.
Jurulatih Protap FC, Momcilovic Dusan (duduk dua dari kiri) mengakui pasukannya berdepan sedikit kesukaran terutamanya selepas kehilangan beberapa pemain.
A
A
A

PENGURUSAN Protap FC memohon Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi kelonggaran buat pasukannya mendaftar sekurang-kurangnya enam lagi pemain bagi menghabiskan baki saingan Liga M3 tahun ini.

Penaja utamanya, Naib Presiden Harini FC, Azhar Rosli berkata, pasukannya kehilangan beberapa pemain ekoran kecederaan dan ada yang berhenti mewakili pasukan kerana mendapat pekerjaan tetap.

Menurutnya, kehilangan itu memberi kesan kepada pasukan meskipun mereka kini berada dalam prestasi terbaik, menang enam kali dan seri dua kali dalam lapan perlawanan terakhir.

“Kami bukan mahu mendesak MFL tetapi kami minta kerjasama mereka untuk beri peluang kita tambah pemain agar boleh terus bersaing dengan baik dalam saingan Liga M3.

“Kami bukan suka-suka mahukan pemain baru cuma kami minta kerjasama MFL benarkan kami daftarkan pemain untuk gantikan pemain yang cedera dan tinggalkan kelab,” katanya dalam sidang akhbar, baru-baru ini.

Tambah beliau, pihaknya sudah melakukan perjumpaan dengan MFL namun setakat ini tiada perkembangan positif diterima.

“Alasannya, mereka tak boleh buat apa-apa kerana jendela perpindahan pemain sudah ditutup. Kami sangat berharap MFL boleh mempertimbangkan permohonan kami.

“Untuk terus bersaing walaupun tinggal lapan perlawanan, ia merupakan tugas sukar dan kosnya juga tinggi. Kami harap MFL memahami apa yang kita lalui sekarang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Jurulatih Protap FC, Momcilovic Dusan mengakui pasukannya berdepan sedikit kesukaran terutamanya selepas kehilangan beberapa pemain.

Begitupun, beliau tetap bernada positif dan menyasarkan anak buahnya mampu memastikan pasukan terus bersaing dan kekal dalam Liga M3.