RM14,732 sumbangan buat Syukri

Syukri (tengah) ceria ketika menerima kunjungan Mas Imran (kanan) di rumahnya di Kampung Tanjung Piai hari ini.
Syukri (tengah) ceria ketika menerima kunjungan Mas Imran (kanan) di rumahnya di Kampung Tanjung Piai hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Sebanyak RM14,732 telah diserahkan kepada Mohd Syukri Johan, 10 yang menghidap kanser hidung menerusi tabung kutipan derma yang diletakkan di Pasaraya Econsave di Pontian sejak awal tahun ini.

Pengurus Operasi, Mas Imran Adam berkata, sumbangan diserahkan kepada ibu bapa Syukri di Kampung Tanjung Piai bermula April, Jun, Julai dan Ogos.

Katanya, pasar raya itu memuji sikap prihatin orang ramai yang menyumbang bagi membantu Syukri yang dibesarkan dalam keluarga nelayan.

"Kami gembira melihat keadaan Syukri yang bertambah sihat selepas menjalani pembedahan kanser hidung pada April lepas.

"Syukri pernah memberitahu mahu berjalan-jalan. Kami merancang membawa Syukri ke Zoo Johor pada cuti persekolahan akhir tahun nanti," katanya ketika berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak itu di Kampung Tanjung Piai.

Sementara itu, ibu Syukri, Samsiah Sarip, 48, berkata, dia dan suami Johan Zainal, 60, bersyukur di atas bantuan dan keprihatinan orang ramai.

"Sumbangan yang diterima ini digunakan untuk menampung kos perjalanan dan rawatan ke Kuala Lumpur. Syukri masih perlu hadir pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya.

Artikel Berkaitan: