Lelaki ditahan disyaki rogol anak saudara

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Razmi Mohd Gunnos)
A
A

KUALA TERENGGANU - Perbuatan keji seorang lelaki yang menjadikan anak saudaranya sebagai pemuas nafsu sejak lima tahun lalu terbongkar apabila mangsa mendedahkan perbuatan itu kepada guru kaunseling sekolahnya.

Menurut sumber, mangsa berusia 15 tahun dari Kuala Nerus dibawa oleh guru di sekolahnya berjumpa ibu mangsa sebelum menceritakan perbuatan keji suspek yang berusia 53 tahun.

“Mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru kaunselingnya pada 29 Ogos lalu dan seterusnya dimaklumkan kepada ibu mangsa kira-kira jam 1.30 petang hari sama.

“Suspek didakwa merogol remaja itu sejak mangsa berusia sembilan tahun dan berlarutan sehingga kali terakhir pada 2017. Lelaki yang tinggal serumah dengan keluarga mangsa dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu apabila adik perempuannya (ibu mangsa) tiada di rumah,” katanya.

Sumber berkata, susulan itu, ibu mangsa berusia 45 tahun membuat laporan polis.

“Menurut laporan, wanita itu turut mendakwa suspek sebelum ini pernah beberapa kali memasuki biliknya ketika dia sedang tidur dipercayai cuba melakukan perkara tidak senonoh namun sempat dihalang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis sudah menahan suspek.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia