Umno tidak dipandang orang Melayu, Bersatu jadi pilihan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersalaman dengan anggoya Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersalaman dengan anggoya Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kekalahan Umno dalam PRU14 memperlihatkan parti itu hilang arah tuju dan diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang karam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, usaha Umno untuk memulihkan persepsi bahawa mereka masih relevan buat orang Melayu jelas tidak berjaya.

Menurutnya, situasi ini menyebabkan orang Melayu dalam parti itu tercari-cari tempat bergantung harap dan Bersatu semakin diterima.

"Sebenarnya masa pelancaran Bersatu pada Januari 2017, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad lafazkan bahawa tujuan tubuh Bersatu adalah untuk gantikan sebuah parti usang iaitu Umno.

"Kalau dikatakan Umno sudah usang, lapuk dan tidak relevan, ia perlu ditukar ganti. Bila kita tengok dalam PRU, hasil daripada penyertaan Bersatu dalam PH dan gandingan empat parti komponen kita dah jadi kerajaan. Maksudnya, walaupun majoriti orang Melayu tidak mengundi Bersatu, cukup ramai orang Melayu ambil keputusan mengundi PH untuk buat perubahan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Tahunan Ke-2 Bersatu, Dr Mahathir berkata, parti itu tidak akan berdiam diri dengan membiarkan begitu sahaja kehancuran Melayu dan Bumiputera berterusan.

Beliau berkata, hakikatnya Bersatu ditubuhkan untuk menyelamatkan orang Melayu serta Bumiputera dan parti ini tidak akan berdiam diri melihat golongan ini terus menuju kehancuran.

Jelasnya, walaupun Bersatu bukan pewaris Umno tetapi kita tetap bertanggungjawab kepada Melayu dan Bumiputera.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Akramsyah berkata, walaupun Umno cuba melakukan perubahan terhadap parti termasuk dalam kepimpinan, namun tidak memperlihatkan kesan positif.

"Pemimpin utama dan wakil rakyat mereka sendiri telah tinggalkan parti, menyertai Bersatu dan kini mula berbaik-baik dengan parti kita. Mereka sendiri kata Umno makin karam.

"Kita tengok Bersatu kini semakin diterima sebagai wadah perjuangan dan Umno terus terpinggir," katanya.