'Tak sangka dera sebab mereka suka budak'

No Image Caption
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang dipercayai akibat didera pengasuh secara fizikal dan seksual di sebuah rumah di Kandang di sini turut mengejutkan jiran berhampiran.

Jiran pasangan suami isteri yang direman, Mohd Zamry Mat Rahim, 46, berkata, lelaki berusia 45 tahun dan isterinya itu disifatkan sebagai seorang yang sukakan kanak-kanak dan sukar untuk menerima kenyataan dia bersikap sebegitu.

Menurutnya, lelaki yang mesra dipanggil 'pendek' dalam kalangan penduduk kampung dan mempunyai tiga anak berusia 15, 13 dan 5 tahun dari sejak kecil mendiami Kampung Solok Bakar Batu, Kandang dan bekerja sebagai penebar roti untuk menyara keluarga.

Katanya, dia dan isteri tidak mengetahui pasangan itu tinggal kira-kira 20 meter dari rumahnya ada menjaga mangsa, sehinggalah dimaklumkan oleh komuniti kampung berkenaan melalui aplikasi WhatsApp mengenai penahanan mereka oleh pihak polis semalam.

"Dia memang ramah dan baik orangnya, jadi saya macam tidak percaya perkara itu boleh berlaku kerana dia memang sayang kanak-kanak termasuk suka bergurau dengan anak-anak buahnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera

Artikel Berkaitan: