Perwakilan ditegur tuntut kontrak daripada menteri

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan perwakilan Wilayah Persekutuan yang menamakan menteri dalam menuntut janji berhubung sebuah kontrak ketika perbahasan, menerima padah apabila ditegur oleh Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal, Syed Saddiq berkata, perkara itu boleh dijadikan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bayangkan itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh kata ini janji kontrak boleh jumpa menteri .

Mana boleh," katanya yang menerima tepukan gemuruh dari seluruh Dewan Plinary.

Menurutnya, sekiranya individu tersebut berasa layak, dia boleh memohon mengikut saluran yang betul.

"Cuba dengar pergi ke PKR, DAP, Amanah dan Umno dahulu pun tidak seberani ini membincangkan isu ini di hadapan khalayak umum. Mana maruah kita," soalnya.

Kata Syed Saddiq juga Menteri Belia dan Sukan itu, beliau tidak kisah dikutuk atau dicaci asalkan dapat membuat teguran terhadap perwakilan yang kerap kali membangkitkan isu kontrak dan jawatan.

"Orang yang sama kata saya tidak Melayu sangat, tidak memperjuangkan ketuanan Melayu sanggup membincangkan kontrak seperti itu. MasyaALLAH.

Artikel Berkaitan:

"Nak kutuk nak caci tak apa. Itu biasa, janji saya dapat luahkan," katanya tadi.