Pescao idam gegar GP San Marino

Hafizh Syahrin tekad mengulangi kejayaan ketika beraksi dalam saingan Moto2 dua tahun lalu.
Hafizh Syahrin tekad mengulangi kejayaan ketika beraksi dalam saingan Moto2 dua tahun lalu.
A
A
A

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad mengulangi kejayaan manis menyambar podium pada Grand Prix (GP) San Marino ketika beraksi dalam saingan Moto2 dua tahun lalu.

Terkenal dengan gelaran El Pescao, pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, dia akan cuba mengulangi detik manis itu ketika turun ke Litar Misano, Itali hujung minggu ini.

“Saya mempunyai memori manis di sini (Litar Misano) dua tahun lalu apabila berjaya meraih podium pada perlumbaan Moto2. Ia sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk beraksi baik.

Hafizh Syahrin
Hafizh Syahrin

“Saya juga berlatih di sini selama dua hari dan ia memberikan keyakinan untuk saya menjelang perlumbaan,” katanya yang sedang dalam usaha memperbaiki corak tunggangannya.

Hafizh Syahrin kini berada di kedudukan 24 keseluruhan apabila merekodkan enam mata daripada 12 perlumbaan.

Artikel Berkaitan: