Harimau Malaya nyaris kejutkan UAE

Aksi pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto ZAHID IZZANI
Aksi pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

[DIKEMASKINI]SKUAD Harimau Malaya terlepas peluang melakar kejutan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 1-2 pada aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Diiringi sorakan hampir 43,200 penyokong Harimau Malaya, anak-anak buah Tan Cheng Hoe bermula garang apabila Muhammad Syafiq Ahmad membuka tirai jaringan selepas menanduk kemas bola hantaran lintang Matthew Davies seawal minit pertama.

Pemain Malaysia Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika menyerang kubu pertahanan UAE pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto ZAHID IZZANI

Aksi antara Mohammad Akhyar Rashid (Malaysia) bersama Majid Ibrahim Salim(UAE) pada perlawanan Malaysia menentang UAE dalam Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Kelayakan 2 Pusingan 2 Pra-Perlawanan. - Foto:ZAHID IZZANI

Harimau Malaya terus mendominasi perlawanan dan hampir menambah gol kedua pada minit ke-13, namun Syafiq gagal menyudahkan dengan baik hantaran leret Mohamadou Sumareh.

UAE yang hanya sesekali menyerang ke kubu Harimau Malaya berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas tandukan penyerang berbisanya, Ali Ahmed Mabkhout menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, UAE pula cuba menekan benteng pertahanan skuad negara dengan beberapa larian pantas dari bahagian kanan Harimau Malaya.

Pasukan Bola Sepak Negara kecewa apabila gagal menang di halaman sendiri 1-2 pada perlawanan Malaysia menentang UAE dalam Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Kelayakan 2 Pusingan 2 Pra-Perlawanan. - Foto:ZAHID IZZANI

Artikel Berkaitan:

Ali sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya apabila memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan yang diketuai Shahrul Saad untuk meledak gol kedua UAE pada minit ke-75.

Harimau Malaya cuba untuk melakukan beberapa serangan berbahaya pada penghujung babak kedua, namun UAE kental bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pasukan Bola Sepak UAE menang tipis 1-2 keatas pasukan Malaysia pada perlawanan Malaysia menentang UAE dalam Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Kelayakan 2 Pusingan 2 Pra-Perlawanan. - Foto:ZAHID IZZANI

Penjaring gol:

MALAYSIA – Muhammad Syafiq Ahmad (minit pertama)

UAE – Ali Ahmed Mabkhout (minit ke-43 dan ke-74)

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias (Kapten), Matthew Davies, Shahrul Mohd Saad, Adam Nor Azlin, Brendan Gan, La'Vere Corbin Ong, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Norshahrul Idlan Talaha (J. Partiban), Muhammad Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh (Mohamed Syamer Kutty), Muhammad Syafiq Ahmad (Muhammad Akhyar Rashid).

UAE: Khalid Eisa Bilal, Mohamed Saleh Almenhali, Walid Abbas Murad (Kapten), Ali Hassan Al-Blooshi, Ali Ahmed Mabkhout, Jassim Yaqoob Al-Balooshi (Majid Ibrahim Salim), Khalifa Mubarak Al Hammadi, Ahmed Barman Alhmoudi, Khalil Ibrahim Al-Hammadi (Omar Abdulrahman), Mohammed Omar Al Attas, Ali Saleh Amro (Ismail Salem Alhammadi).

Pengadil perlawanan: Hiroyuki Kimura (JPN)