Golongan muda profesional disaran sertai politik

Nik Marhalim (kanan) mendengar amanat disampaikan Tengku Razaleigh semasa membuat lawatan bersama DPIM bertemu pemimpin veteran UMNO itu di Kelantan baru-baru ini.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Nik Marhalim Mohd Bakri menyeru anak muda khususnya dalam golongan profesional menyertai arena politik bagi menggembleng tenaga membangunkan negara.

"Anak muda perlu tampil terlibat dalam politik kerana ada generasi yang akan memacu ekonomi negara di masa hadapan.

"Pemimpin lama pula perlu menunjukkan contoh yang baik bagi melahirkan pemimpin muda yang berintegriti, bebas rasuah, inovatif dan berakhlak tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau bersama Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang berpengalaman dalam politik negara bagi mendapatkan pandangan dan bertukar pendapat.

Katanya, beliau bersyukur penubuhan Ikatan semakin diterima dengan penambahan keahlian mendadak terdiri pelbagai kaum.

Dalam perkembangan sama katanya, Parti Ikatan yang di bawah Gagasan Sejahtera akan menghadiri majlis menandatangani Piagam UMNO-Pas yang bakal berlangsung pada 14 September ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia