Semua masjid diminta adakan solat sunat mohon hujan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat sunat Istisqa (solat minta hujan) bagi memohon agar kualiti udara kembali pulih.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, beliau turut memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara supaya menyeru semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing melaksanakan solat sunat Istisqa bagi tujuan tersebut.

“Lanjutan masalah jerebu yang melanda negara pada masa ini, Jakim telah dihubungi pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencecah pada tahap sangat tidak sihat.

“Keadaan ini ditambah dengan hujan yang kurang menyebabkan kemarau dan masalah jerebu berpanjangan.

“Justeru, NADMA telah mengesyorkan Jakim untuk mengadakan solat sunat Istisqa di masjid-masjid bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, masjid utama di bawah kelolaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat sunat berkenaan selepas solat Isyak pada malam ini.

“Orang ramai diundang hadir bagi sama-sama menjayakannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: