Ramai mangsa gempa Palu hidup merempat

Mangsa gempa bumi Palu masih tinggal di kem penempatan sementara yang serba kekurangan.
Mangsa gempa bumi Palu masih tinggal di kem penempatan sementara yang serba kekurangan.
A
A
A

PALU - Sebahagian besar mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia masih tinggal di kem penempatan sementara yang serba kekurangan.

Malah, ramai mangsa mendakwa bantuan makanan kali terakhir dihantar kepada mereka adalah kira-kira sebulan yang lalu.

Bencana alam dahsyat yang melanda wilayah itu pada 28 September tahun lalu telah meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan hampir 11,000 mangsa.

Gempa bumi berkekuatan 7.5 magnitud itu juga telah memusnahkan ratusan rumah penduduk.

Ketika ini terdapat kira-kira 1,630 buah keluarga tinggal di kem penempatan sementara yang didirikan menggunakan bahan binaan asas seperti buluh dan khemah.

Sementara itu, harapan penduduk untuk memiliki rumah yang dijanjikan kerajaan semakin tipis apabila mendakwa pihak berkuasa bersikap lepas tangan.

"Mula-mula kerajaan janji bina rumah kepada mangsa gempa. Selepas itu mereka janji beri bantuan kewangan pula.

"Ia hanyalah janji kosong semata-mata kerana tiada siapa di sini yang menerima bantuan dijanjikan," kata Lapojo, mangsa gempa di Palu. - CNA

Artikel Berkaitan: