Nombor pendaftaran DDP 1 dibida RM152,999

Azhan Ab Hadi (dua, kiri) menunjukkan Nombor Pendaftaran DDP 1 dengan bayaran tertinggi berjumlah RM152,999 pada sidang media sempena Keputusan e-Biding Tender Nombor Pendaftaran DDP di Pejabat JPJ Negeri Kelantan. hari ini. -Foto Bernama
Azhan Ab Hadi (dua, kiri) menunjukkan Nombor Pendaftaran DDP 1 dengan bayaran tertinggi berjumlah RM152,999 pada sidang media sempena Keputusan e-Biding Tender Nombor Pendaftaran DDP di Pejabat JPJ Negeri Kelantan. hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Nombor pendaftaran DDP 1 menjadi nombor paling mahal dibida dengan bidaan tertinggi bernilai RM152,999.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi berkata empat pihak telah membuat bidaan terhadap nombor berkenaan namun dimenangi oleh sebuah syarikat.

Beliau berkata, selain itu terdapat lima lagi nombor pendaftaran yang paling banyak dibida sepanjang lima hari sistem bidaan atas talian itu dibuka membabitkan nombor DDP 9, DDP 55, DDP 88, DDP 27 dan DDP 96.

"Setakat ini, JPJ Kelantan berjaya mengutip lebih RM1.04 juta hasil bidaan bagi siri nombor pendaftaran DDP melalui pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) yang dibuka selama lima hari bermula 30 Ogos sehingga 3 September lepas.

"Bagi 2019 pula, sebanyak empat siri nombor pendaftaran membabitkan DDL, DDM dan DDN dengan jumlah keseluruhan hasil bidaan berjumlah RM4.3 juta," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Yang turut hadir Penolong Pengarah Pendaftaran Kenderaan JPJ Kelantan, Md Apandi Jusoh.

Dalam perkembangan sama, Nik Azhan berkata, 1,354 pembida telah melakukan bidaan bagi nombor siri DDP berbanding 1,047 pembida bagi nombor siri DDL dan DDM.

Beliau berkata, sebelum ini JPJ Kelantan turut merekodkan jumlah tertinggi bagi kutipan nombor siri pendaftaran DDD dengan kutipan RM 7.3 juta.

Artikel Berkaitan:

"Setiap nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan," katanya. - Bernama