Skim pencen: Cuepacs harap ada rundingan dengan kerajaan

Azih (kanan) menerima.cenderamata selepas merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Cuepacs Negeri Pahang di Hotel Grand Continental di sini hari ini.
Azih (kanan) menerima.cenderamata selepas merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Cuepacs Negeri Pahang di Hotel Grand Continental di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sentiasa mengharapkan rundingan akan terus berlaku antara kerajaan dengan kongres berhubung mekanisme lantikan baharu dalam perkhidmatan awam jika kerajaan berhasrat memansuhkan skim pencen.

Presidennya, Datuk Azih Muda yang sememangnya menolak hasrat kerajaan itu sepenuhnya kecewa kerana keputusan tersebut tidak dilakukan rundingan dengan pihaknya yang mewakili akar umbi penjawat awam.

Menurutnya, pihaknya sentiasa membuka pintu buat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah dalam rundingan dengan kongresnya bagi mengetahui dengan lebih teliliti mengenai cadangan baharu berkenaan.

"Kalau statusnya kontrak yang tidak berpencen, bukan sahaja mereka susah untuk membuat pinjaman khususnya bank malah memberi tekanan hidup yang akan mengganggu prestasi servis mereka untuk kerajaan.

"Kita tidak nafikan libaliti yang ditanggung kerajaan untuk pencen telah meningkat tetapi inilah bukti negara kita telah beransur menjadi sebuah negara yang lebih dewasa dan maju.

"Pencen ini sepatutnya bukanlah satu liabiti atau beban buat kerajaan tetapi sebagai balasan kepada mereka yang telah berkhidmat dan berbakti kepada negara," katanya kepada media ketika ditemui pada Mesyuarat Agong Perwakilan Cuepacs Negeri Pahang di Hotel Grand Continental di sini hari ini.

Azih berkata buat masa kini, kerajaan perlu mengekalkan cara penerimaan pencen seperti yang sedia ada dan dalam masa yang sama melakukan rundingan dengan kesemua kesatuan pekerja.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memandang cara negara luar yang membayar pencen kepada rakyat mereka sebagai balasan memberi khidmat yang terbaik kepada negara mereka.

Artikel Berkaitan:

"Negara Jepun sebagai sebuah negara maju turut membayar pencen kepada rakyatnya yang telah mencapai pembayaran mencecah RM1.4 trilion dan kini mereka ada cadangan untuk meningkatkan jumlah pencen buat rakyatnya.

"Pencen harus kita kekalkan dan kami juga yakin hasil kerajaan yang sentiasa berkembang bukan sahaja dapat menanggung liabiliti pencen tetapi boleh membantu bagaimana untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi rakyat," katanya.