28 pegawai kanan PDRM tukar jawatan, naik pangkat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat membabitkan 28 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Oktober depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai adalah Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Ketua Polis Melaka.

Manakala Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Muhammad Azlee Abdullah akan mengisi jawatan kekosongan yang ditinggalkan Mat Kasim.

Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Shafien Mamat akan menggalas jawatan baharu sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Selain itu, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Razak Md Zin dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati memaklumkan, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Perak, Asisten Komisioner G S Suresh Kumar dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan itu dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Katanya, Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner Sulaiman Hussain akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dengan lantikan sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor.

Artikel Berkaitan:

"Asisten Komisioner Arjunaiti Abdullah yang memegang jawatan Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman juga dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner sebagai Ketua Pusat Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur.

"Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ditukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya.

Jelas Asmawati, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi).

Tambahnya, manakala Timbalan Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim akan menyandang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Sabah.

Sementara itu, pegawai kanan lain yang turut bertukar termasuk Superintendan Urusetia (Permoden Pentadbiran) Urusetia Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Gazali Yunos sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku Asisten Komisioner dan Superintendan (D7) Pencegahan Gangsterisme Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Rohan Shah Ahmad sebagai Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.