Dua lelaki rentung dalam nahas jalan raya


Keadaan kereta yang mengakibatkan dua lelaki rentung sementara seorang lagi parah.
Keadaan kereta yang mengakibatkan dua lelaki rentung sementara seorang lagi parah.
A
A
A

SITIAWAN - Dua lelaki rentung selepas kereta dinaiki merempuh sebuah mesin milling sebelum terbakar di Jalan Beruas-Sitiawan, malam tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama, parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 11.03 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Audi melanggar mesin berkenaan yang diletakkan di bahu jalan.


Keadaan kereta yang mengakibatkan dua lelaki rentung sementara seorang lagi parah.
Keadaan kereta yang mengakibatkan dua lelaki rentung sementara seorang lagi parah.

"Kejadian berlaku di laluan lebuh raya yang belum dibuka secara rasmi lagi. Pelanggaran itu telah menyebabkan kereta terbabit terbakar.

"Terdapat dua mangsa rentung di lokasi kejadian sementara seorang lagi mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya.

Operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dan tamat pada jam 1.22 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: