Penyelam British terima anugerah diraja

Richard Stanton (kiri) dan John Volanthen (kanan). - Foto Jason Parson/PA Wire
Richard Stanton (kiri) dan John Volanthen (kanan). - Foto Jason Parson/PA Wire
A
A
A

LONDON - ENGLAND . Pasukan penyelam British yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang, menjadi antara penerima anugerah kehormat Britain bersempena Tahun Baru, semalam.

Tujuh pakar penyelam terbabit antara yang tersenarai sebagai penerima anugerah berprestij itu tahun ini disamping sutradara Hollywood, Christopher Nolan dan bekas model terkenal, Lesley Lawson atau Twiggy.

Empat daripada penyelam terbabit diberi anugerah atas keberanian luar biasa manakala tiga yang lain menerima anugerah ‘Members of the Most Excellent Order of the British Empire (MBE).

Joshua Bratchley, Jason Mallinson dan Christopher Jewell. - Foto Jason Parson/PA Wire
Joshua Bratchley, Jason Mallinson dan Christopher Jewell. - Foto Jason Parson/PA Wire

Richard Stanton dan John Volanthen, dua penyelam paling awal tiba ke lokasi kejadian pada Julai lalu, dianugerahkan Pingat George, pingat keberanian awam kedua tertinggi di negara itu.

Terdahulu, Stanton tersenarai sebagai ahli MBE pada 2012 di atas khidmatnya sebagai penyelamat.

Penyelam lain termasuk Christopher Jewell dan Jason Mallinson menerima Pingat Keberanian Ratu, manakala Joshua Bratchley, Connor Roe dan Vernon Unsworth menerima penghormatan sebagai ahli MBE. - AFP

Artikel Berkaitan: