Naib Presiden AS gagal bezakan bendera Ireland, Ivory Coast

Ciapan dimuat naik Naib Presiden AS, Mike Pence di akaun rasmi Twitternya setibanya di Ireland.
Ciapan dimuat naik Naib Presiden AS, Mike Pence di akaun rasmi Twitternya setibanya di Ireland.
A
A
A

DUBLIN - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence malu besar apabila netizen menyedari beliau gagal membezakan bendera negara Ireland dan Ivory Coast.

Pence melakukan kesilapan itu apabila memuat naik satu status di akaun rasmi Twitter miliknya mengenai lawatan rasmi ke Dublin semalam.

"Ia adalah penghormatan tertinggi berada di Dublin bersama @Secondlady! Terima Kasih Presiden Higgins dan puan Higgins untuk sambutan mesra," katanya di Twitter sambil memaparkan bendera AS dan Ivory Coast.

Bendera Ivory Coast dan Ireland mempunyai tiga tona warna yang serupa.

Tetapi susun jalur bendera Ivory Coast bermula dengan warna oren, putih dan hijau.

Manakala bagi bendera Ireland pula bermula dengan hijau, putih dan oren.

Susulan itu, ramai netizen mempersoalkan keupayaan mental Pence yang gagal membezakan kedua-dua bendera tersebut.

Bagaimanapun, status memalukan Pence itu telah dipadam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, lawatan Pence di Ireland mengundang kritikan apabila memilih untuk tinggal di pusat peranginan Doonbeg yang dimiliki Presiden Donald Trump.

Ini kerana Pence dan pegawainya perlu menempuh perjalanan sejauh 291km untuk sampai ke Dublin. - Agensi