Taufan Dorian akibatkan kemusnahan dahsyat

Dorian telah menyebabkan kemusnahan besar di Abacos.
Dorian telah menyebabkan kemusnahan besar di Abacos.
A
A
A

NASSAU - Pasukan penyelamat tiba di kawasan yang terjejas teruk di utara Bahamas yang dibadai Taufan Dorian yang diklasifikasikan sebagai ribut besar paling berbahaya dan kini sedang menuju ke Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Hubert Minnis berkata, angka kematian yang direkodkan seramai tujuh orang ketika ini juga dijangka meningkat.

“Ia adalah krisis negara terbesar dalam sejarah,” ujarnya.

Ribut Kategori Lima yang membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga 290 kilometer sejam itu turut menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.

Gambar yang diambil daripada ruang udara Abacos menunjukkan kemusnahan besar dengan sisa runtuhan, kenderaan terbalik selain paras banjir tinggi yang menenggelamkan seluruh kawasan.

Sementara itu, Palang Merah Antarabangsa (IRC) mendapati 45 peratus atau kira-kira 13,000 kediaman dan struktur di Grand Bahama dan Abacos rosak teruk atau musnah.

Kira-kira 60,000 penduduk kini memerlukan bekalan makanan dan air bersih. - Agensi

Artikel Berkaitan: