Anwar tetap pendirian, bidas permintaan Azmin

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak  akan mengkaji semula keputusannya mengenai pelantikan kepimpinan pusat parti itu sebagaimana diminta oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PORT DICKSON - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mengkaji semula keputusannya mengenai pelantikan kepimpinan pusat parti itu sebagaimana diminta oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tidak ada keperluan bagi saya berbuat demikian oleh kerana nama-nama berkenaan telah pun diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

"Saya telah ambil masuk kedua-dua puak. Jika anda lihat, saya telah lantik Ali Biju (sebagai naib-presiden) yang merupakan penyokong Azmin dan juga ketua penerangan (Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin) yang juga penyokong beliau," kata Anwar ketika ditemui selepas menghadiri program Pendidikan Demo Neuro di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Springhill, di sini hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menafikan beliau menghadapi isu dengan Mohamed Azmin selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mempersoalkan cara pemilihan orang-orang yang dilantik ke dalam MPP PKR.

Anwar berkata hasrat beliau semata-mata untuk melindungi kepentingan semua ahli PKR dan bukan puak tertentu.

"Anda tidak boleh mendapatkan semua penyokong anda ke dalam MPP anda mesti mendapatkan penyokong PKR,” kata beliau.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip mewakili aspirasi ahli secara adil dan saksama. - Bernama

Artikel Berkaitan: