Seorang maut, tujuh cedera

Keadaan salah sebuah kereta terjunam ke dalam parit. Foto JBPM dan pembaca. - Foto ihsan JBPM dan pembaca
Keadaan salah sebuah kereta terjunam ke dalam parit. Foto JBPM dan pembaca. - Foto ihsan JBPM dan pembaca
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori muatan tanah di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku di hadapan Klinik Desa Tanjung Keramat itu turut mengakibatkan sebuah kereta dan lori terjunam ke dalam parit bersebelahan jalan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Keadaan lori muatan tanah yang turut terjunam ke dalam parit. - Foto JBPM dan pembaca.
Keadaan lori muatan tanah yang turut terjunam ke dalam parit. - Foto JBPM dan pembaca.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.34 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan dua buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori muatan tanah dan terdapat lapan mangsa terlibat dengan seorang daripadanya disahkan maut oleh pasukan perubatan.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan anggota bertindak membuat pembersihan jalan," katanya dalam laporan di sini hari ini.

Menurut Mohd Azroisan, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12 tengah hari," katanya.

Artikel Berkaitan: