Bangladesh kerah 600,000 anggota keselamatan

Pihak berkuasa melakukan persiapan akhir menjelang pilihan raya esok.
Pihak berkuasa melakukan persiapan akhir menjelang pilihan raya esok.
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh, hari ini meningkatkan keselamatan dalam usaha untuk membendung keganasan ketika Pilihan Raya Umum yang dijangka menyaksikan Perdana Menteri, Sheikh Hasina mengekalkan jawatannya bagi penggal keempat.

Kira-kira 600,000 anggota keselamatan termasuk unit elit dan tentera dikerah mengawal keselamatan menjelang pemilihan esok selepas kempen pilihan raya dicemari keganasan.

"Kita perlu pastikan tahap keamanan tertinggi di seluruh negara. Kami harap segalanya berjalan lancar," kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, Rafiqul Islam.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala ribuan lagi cedera dalam insiden pertempuran antara penyokong parti pemerintah pimpinan Hasina, Liga Awami dan aktivis parti pembangkang, Parti Nasionalis (BNP).

BNP yang memboikot pilihan raya pada 2014 mendakwa penyokong mereka menjadi sasaran sebagai sebahagian rancangan jahat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Hasina. - AFP

Artikel Berkaitan: