Ippo Hafiz idam anak kembar

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan komposer terkenal, Muhammad Hafiz Yazid, 30, atau lebih dikenali sebagai Ippo Hafiz, memberitahu dia mahu menimang cahaya mata kembar.

“Kita ini hanya mampu merancang dan berdoa sahaja, selebihnya kerja Tuhan untuk mengurniakan.

“Ada rezeki saya terima, kalau belum ada saya usaha. Saya mahukan anak kembar kerana comel dan satu keajaiban kalau dapat,” akhirinya.

Terdahulu Ippo dan isteri Norfarahin Mohd Roslan, 31, selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz pada 24 Ogos bertempat di sebuah vila yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sebelum perkahwinan Ippo sudah mempunyai anak angkat, iaitu Cinta Rizky Amanda yang kini baharu berusia tiga tahun.

No Image Caption

Ditanya mengenai bulan madu, Ippo terpaksa menundakannya buat seketika.

"Siapa yang tidak mahu terus pergi berbulan madu selepas majlis nikah dan resepsi sudah selesai bukan?

Artikel Berkaitan:

“Tapi urusan kerja seperti di studio rakaman dan komitmen memenuhi undangan nyanyian perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Jika semua urusan selesai, pada hari lahir saya, 9 Oktober, akan pergi bulan madu namun kalau tak sempat insya-ALLAH pada akhir tahun.

“Hal ini kerana, saya tak mahu berasa terbeban dan terganggu apabila pergi bulan madu dengan urusan kerja yang masih berbaki. Saya mahukan ketenangan bersama isteri tercinta ketika bulan madu nanti,” ujar Ippo yang turut terlibat dengan sebuah konsert telekomunikasi September ini.