Wanita warga India maut jatuh tingkat 19

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga India maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Mont Kiara di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat wanita berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

"Sebelum itu, anak mangsa memaklumkan ibunya masuk ke dalam bilik tidur sebelum menguncinya dari dalam.

"Setelah membuka pintu bilik itu didapati mangsa telah tiada sebelum dimaklumkan oleh pengawal keselamatan tentang kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa berusia 55 tahun itu dikatakan datang ke Malaysia sejak dua minggu lalu bersama suaminya untuk melawat anak dan cucunya yang berumur tiga bulan.

Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: