Panggilan rakan selamatkan suri rumah

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah terselamat dalam kejadian kebakaran di pekan Sungai Lembing selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya awal pagi tadi.

Choung Lai Khin, 48, berkata, panggilan itu mengejutkannya dari tidur lalu segera keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebaik sahaja dimaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersendirian di rumah dan tidak mendengar bunyi yang mencurigakan kerana sedang berehat di bilik belakang.

“Bila kawan beritahu ada kebakaran saya cepat-cepat ambil beg dan dokumen penting untuk menyelamatkan diri.

“Masa itu saya tak dapat fikir perkara lain dah bila saya dengan bunyi prak, prak dan boom boom dari atas terus saya cabut lari,” katanya ketika ditemui hari ini.

Lai Khin berkata, selepas keluar dari rumah dia sekali lagi mendengar dentuman kuat.

“Pada waktu itu orang-orang yang tinggal berdekatan pekan Sungai Lembing terkejut dengan apa yang berlaku dan masing-masing sibuk untuk selamatkan diri.

“Semua orang takut dan tidak ada masa untuk fikir serta buat sesuatu kerana api marak dan dalam masa lima minit semuanya musnah. Saya hanya mampu melihat rumah saya musnah dan pasrah dengan apa yang berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kerajaan Pahang termasuk agensi kerajaan segera menyalurkan sumbangan kepadanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran membabitkan 20 premis perniagaan, 11 rumah dan sebuah perpustakaan awam musnah di pekan Sungai Lembing kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis

Identiti suami isteri maut kebakaran dikenal pasti

Pasangan maut kebakaran sibuk buat persiapan kahwin anak