Bersama kekalkan kemakmuran negara: Aminuddin

Gambar sekitar suasana perarakkan kemerdekaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban hari ini.
Gambar sekitar suasana perarakkan kemerdekaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 12,000 masyarakat negeri ini membanjiri Bandar Seremban untuk menyaksikan sambutan perarakkan merdeka yang dianjurkan kerajaan negeri pagi ini.

Pada perarakkan tersebut seramai 5,000 peserta yang terdiri daripada 104 kontijen mengambil bahagian yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu, turut dimeriahkan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tuanku Besar Mahmud; Undang Yang Empat serta Tuanku Besar Tampin; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zulkefly Mohd Omar serta barisan Exco Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berkata, seluruh masyarakat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama perlu bersatu untuk terus mewujudkan kemakmuran negara.

Gambar sekitar suasana perarakkan kemerdekaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban hari ini.
Gambar sekitar suasana perarakkan kemerdekaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban hari ini.

"Perlu diingat, difahami dan ditelusuri bahawa Malaysia tidak wujud dalam kepelbagaian secara spontan, sebaliknya kewujudan negara kita lahir melalui kesepakatan antara pemimpin-pemimpin negara ini adalah untuk melihat Malaysia tertegak dan berdiri kukuh atas kepelbagaian agama, kepelbagaian budaya dan kepelbagaian etnik.

"Justeru, generasi hari ini harus menilai daripada pelbagai sudut acuan negara ini, sejak awal dibina atas kepelbagaian kaum, kepelbagaian agama dan kepelbagaian etnik.

Artikel Berkaitan:

"Dengan wujudnya cabaran-cabaran dalam kepelbagaian itu, jangan sekali-kali kita menyalakan api yang boleh membakar bangsa serta jangan berada dalam keadaan terkejut atau seolah-olah kita hilang punca, lupa kepada susur galur dari mana negara ini terbentuk demi mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang ada," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar semua masyarakat sentiasa mengekalkan perpaduan agar status negeri maju, keamanan dan keharmonian tidak dipinggirkan.

Katanya, keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini akan menyumbang kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial seperti yang dikecapi sekarang.

"Perpaduan inilah merupakan pohon hayat bangsa, yang kekar berpaut pada akar asal budaya dan seterusnya terpasak kukuh di bumi merdeka," katanya.