Teruja kibar jalur gergasi

Murid SK Alor Keladi mengibarkan kain yang dicantumkan menjadi jalur gemilang disertai guru mereka di sekolah itu hari ini.
Murid SK Alor Keladi mengibarkan kain yang dicantumkan menjadi jalur gemilang disertai guru mereka di sekolah itu hari ini.
A
A
A

BESUT - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi, Hulu Besut di sini turut tidak mahu melepaskan peluang meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 tahun dengan cara tersendiri.

Guru dan murid menzahirkan semangat kemerdekaan itu dengan menghasil dan mengibarkan jalur gemilang gergasi yang dihasilkan menggunakan kain.

Guru Besarnya, Mat Latif Ali berkata, guru yang dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah, Amri Awang Omar telah menyediakan jalur gemilang bersaiz sepanjang 13 meter.

Menurutnya, jalur gemilang yang dihasilkan bukan jalur gemilang gergasi biasa sebaliknya setiap jalur dipisahkan sebelum dicantum semula selepas dikibarkan.

“Seramai 250 murid sekolah tahun 2 hingga 6 terlibat memegang dan mengibar jalur gemilang itu yang berlangsung di tapak perhimpunan sekolah sempenan Program Ambang Merdeka ke 62 tahun pagi ini,” katanya.

Mat Latif berkata, bendera tersebut dihasilkan menggunakan 56 meter kain membabitkan kos keselurahan sebanyak RM200.

Menurutnya, guru dan murid amat bersemangat mengibar bendera itu yang julung kali diadakan dan diharapkan dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan kepada warga pelajar SK Alor Keladi.

Artikel Berkaitan: