Piagam Pas-UMNO atas dasar politik sahaja: Wan Azizah

Wan Azizah mengikuti Wacana Sri Satria 'Politik Melayu Islam Pasca PRU14' yang disampaikan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi hari ini. - Foto: Bernama
Wan Azizah mengikuti Wacana Sri Satria 'Politik Melayu Islam Pasca PRU14' yang disampaikan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap piagam yang bakal dibentuk antara Pas-UMNO hanya bersifat politik.

Menurut beliau, ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa berusaha lebih baik untuk membangunkan negara dengan mengambil kira faktor kemajmukan rakyatnya.

"Pas dan UMNO nak buat piagam itu saya kira atas dasar politik saja. Nak buat satu piagam itu eloklah, tetapi kita selama ini nak buat yang lebih baik untuk negara kita dengan mengambil kira negara kita yang majmuk.

"Kita nak bangunkan Malaysia ini dengan kemakmuran bersama seperti dikatakan Perdana Menteri," katanya kepada media pada program Wacana Ilmu Seri Satria Siri 8 di sini hari ini.

Ditanya sama ada PH sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata, keutamaan diberikan untuk membina negara terlebih dahulu.

"Memang kita parti politik kena bersedia bila-bila masa. Cuma aspek pilihan raya itu buat masa sekarang tidak berbangkit.

"Sekarang ini kita nak bina negara kita mungkin dalam empat tahun lagi (sebelum PRU15)," katanya.

Beliau juga sekali lagi meminta rakyat memberi peluang kepada PH untuk membuktikan kemampuan.

Artikel Berkaitan: