18 kenderaan muatan sayur disita

Mahasan (kanan) memeriksa kenderaan yang di sita.
Mahasan (kanan) memeriksa kenderaan yang di sita.
A
A
A
KOTA BHARU - Sebanyak 18 kenderaan yang membawa muatan sayur-sayuran di sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan hari ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapha berkata, kenderaan berkenaan ditahan dalam operasi yang dijalankan di hadapan Pos Aksem Simpang Empat Salam dan Jalan Rantau Panjang sekitar Pasir Mas.

Menurutnya, sebanyak 81 notis dikeluarkan dalam operasi melibatkan 37 anggota dan pegawai bermula jam 4 pagi hingga 12 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan lanjut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 (2) iaitu salah guna lesen kenderaan persendirian sebagai kenderaan perdagangan.

“Kita dapati juga kenderaan yang digunakan sangat buruk dan juga pemiliknya mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Ini turut membahayakan pengguna lain,” katanya kepada media hari ini.
Artikel Berkaitan:


Katanya, siasatan mendapati 90 peratus pemandu yang ditahan adalah warga Thailand.