X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut kereta rempuh bas bawa penuntut IPT

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, pagi tadi. (Gambar kecil: Muhammad Fikri)
A
A

MELAKA - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Fikri Kamaruzaman, 20, yang memandu kereta jenis Toyota Avanza mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hassan Basri Yahya berkata, ketika kejadian bas terbabit sedang membawa seramai 43 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi termasuk seorang pensyarah.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua penumpang bas tiada mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Avanza yang dipandu mangsa dari Kuala Linggi ke arah Kuala Sungai Baru telah memasuki arah bertentangan sebaik tiba di sebuah selekoh di Jalan Kampung Tanjung Dahan.

"Akibatnya kereta mangsa telah melanggar bas berkenaan secara berdepan yang datang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Kuala Linggi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru dan kemudiannya mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!