Paul Yong akur bercuti dari tugas rasmi

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong keluar dari mahkamah selepas pendakwaan terhadapnya atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia di Mahkamah Sesyen, kelmarin. - Foto Bernama
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong keluar dari mahkamah selepas pendakwaan terhadapnya atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia di Mahkamah Sesyen, kelmarin. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akur untuk bercuti dari tugas rasminya sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak.

Paul Yong berkata, keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan terhadap perbicaraan atas pertuduhan rogol yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Ipoh, Jumaat lalu.

Menurutnya, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

“Saya menegaskan bahawa tuduhan tidak berasas itu merupakan satu konspirasi politik dan ia memberi impak besar kepada saya, keluarga dan rakan sekerja.

“Setelah mempertimbangkannya, saya mengambil keputusan untuk bercuti bagi membolehkan saya memberi tumpuan kepada perbicaraan agar dapat membersihkan kembali nama sekaligus membuktikan saya tidak bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Paul Yong berkata, beliau akan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat sebagai ADUN.

“Saya harus mengutamakan kepentingan negeri dahulu berbanding urusan peribadi sepertimana yang diamalkan dalam kerjaya saya sebagai ahli politik.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mendapatkan tarikh percubaan awal dari mahkamah agar tuduhan itu dapat dibuktikan secepat mungkin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak nasihat Paul Yong bercuti