BN rakyat tak suka, PH menang bergaya

Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kuasa pemerintahan yang ada pada Bersatu dan PH adalah suatu amanah daripada rakyat yang mesti digalas dengan sebaik mungkin.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh itu ahli Bersatu diingatkan sebelum mereka melangkah jauh ke hadapan, sewajarnya mereka kembali melihat asas perjuangan parti Bersatu.

Katanya, Bersatu lahir pada ketika negara berada dalam keadaan yang amat meruncing.

"Rasuah bermaharajalela, institusi negara diperkosa dan khazanah negara dirompak di siang hari.

"Pada ketika itu, kita gusar memikirkan apakah nasib masa depan rakyat dan negara jika BN dibiarkan terus berkuasa," katanya ketika memberi ucapan perasmian sempena Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Bersatu 2018, di PICC, di sini, malam ini.

Katanya, "di dalam fikiran kita yang akan terjadi ialah penjenayah akan terus memegang tampuk kuasa, negara akan musnah dan rakyat menjadi mangsa,".

"Lalu, kita semua yang berada di dalam dewan ini pada malam ini, memberanikan diri bingkas bangun dan mara ke hadapan untuk menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman kerajaan kleptokrat BN.

"Kita menjadi saksi hidup akan kebangkitan rakyat menentang kleptokrasi terburuk di dunia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya ketika Bersatu bangkit melawan, mereka ditekan, diugut dan diancam.

"Kita tinggalkan pangkat dan kedudukan, kita pertaruhkan nasib masa depan kita, ada yang hilang jawatan, hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan, hilang sahabat handai dan rakan taulan.

"Kita tiada kuasa, tiada wang. Kita ambil risiko yang paling besar dalam hidup kita. Kenapa? Kerana kita sayangkan tanah air," katanya.

Menzahirkan kejayaan malam ini Muhyiddin turut menyampaikan sebuah pantun.

Katanya, kemenangan PH itu sesuatu yang tidak disangka sehingga Bersatu boleh menjadi salah satu rakan komponen dalam kerajaan sekarang ini.

"Sama sekali tidak disangka ular lidi menelan buaya.

"BN Rakyat tak suka, PH menang bergaya," katanya.